Tips Jimat Elektrik

Cara menjimatkan tenaga elektrik di rumah.

  • Mengurangkan penggunaan elektrik sehingga 10% tanpa menjejaskan tahap keselesaan hidup
  • Tanpa menggunakan sebarang "alat penjimatan elektrik"
  • Dan yang paling penting 100% ianya terbukti berkesan.


Kesan baik dengan melakukan penjimatan :-

  • Mampu menjimatkan duit kita dari membayar bil elektrik yang tinggi.
  • Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada keluarga suami, isteri anak-anak dan seisi keluarga.
  • Memanjangkan lagi jangka hayat sesuatu perkakasan elektrik
  • Memelihara bumi dari pemanasan global.






 Disiplin setiap pengguna elektrik

Alat yang memaksa dan membantu agar kita lebih berdisiplin

 Teknik pendawaian




Disiplin Setiap Pengguna Elektrik 
(dilakukan semasa penggunaan )

          Tiada yang terkecuali, sesiapa sahaja yang menggunakan kuasa elektrik, ianya perlu mematuhi peraturan penggunaan elektrik agar bil elektrik anda lebih murah berbanding sebelumnya bukan itu sahaja malah kita akan dapat memanjangkan hayat sesuatu perkakasan elektrik tersebut.

Langkah pertama ialah padam atau tutup setiap perkakasan elektrik yang tidak kita gunakan lagi contohnya :-
  • Tutup lampu dan kipas pada mana-mana ruang yang tidak digunakan
  • Tutup setiap soket setelah selesai menggunakannya dan cabut plug soket itu tadi bagi tujuan keselamatan perkakasan elektrik, kerana apabila berlaku lintasan cahaya ( petir atau kilat ) boleh mengakibatkan kerosakan yang besar di kawasan yang di landa kilat sekiranya sistem perlindungan kilat di rumah anda tiada ataupun tidak sempurna.

Langkah kedua ialah padam atau tutup setiap perkakasan elektrik pada waktu yang tidak diperlukan contohnya :-


contoh gambar rumah terlupa mematikan lampu di siang hari
  • Tutup lampu luar dan dalam rumah setalah hari mulai siang, setiap lampu itu mempunyai jangka hayatnya tersendiri semakin kerap kita gunakannya maka semakin cepatlah jangka hayat lampu itu rosak, selain faktor penggunaan faktor pemasangan lampu tersebut itu juga di ambil kira ( akan di terangkan di bahagian pecahan no 3 Teknik Pendawaian )

Langkah ketiga ialah optimumkan penggunaan perkakasan elektrik bekerja contohnya :-
  • Kurangkan membuka pintu peti ais, kerana apabila kita membuka peti ais dengan kerap wap sejuk dalam peti ais akan keluar dan bila hal itu terjadi maka kompressor dibelakang peti ais akan bekerja untuk menyejukan ruangan peti ais itu tadi.
  • Rancang penggunaan sterika, bersterikalah dalam kuantiti yang banyak dan tinggalkan pakaian yang muda di gosok pada akhir bersterika dengan menggunakan haba yang sedia ada walaupun suis telah dimatikan.



Alat yang memaksa agar kita lebih berdisiplin (boleh dilakukan selepas pendawaian telah siap)

  Langkah pertama ialah menggunakan alat yang cekap tenaga, pengesan cahaya, pengesan pergerakan






Teknik pendawaian (sebelum kerja - kerja pendawian dilakukan)

   Yang ni.. paling mahal bagi saya sebab tidak semua tukang wiring tahu benda ni.. tanpa menggunakan sebarang alat dan sah dari segi undang-undang serta halal dari sisi agama tips ini juga membantu untuk kita menjimatkan tenaga elektrik ;-)


   Tips ni.. merupakan rahsia bagi syarikat kami agar membantu pelanggan kami supaya lebih jimat dari segi penggunaan elektrik dan kos barang... tapi tidak mengapalah kita kongsi rezeki ya.. ;-) saya bagi sedikit pembayang.. semoga bermanfaat kepada tukang wiring, tuan rumah dan kepada semua ;-)

  Sebelum membuat pendawaian, pelanggan dan tukang pendawaian perlulah merancang strategik yang terbaik untuk mendapat kesepakatan bersama. Seperti laluan wayar, pendawaian yang penting-penting / pendawaian yang membawa beban paling besar dan kerap.

  Selain itu yang boleh saya kongsi adalah saiz wayar dan jenis wayar juga penting ;-)