Faktor pemilihan membeli aircon


Nak beli aircond??


Sebelum anda membeli aircond, mungkin beberapa faktor ini boleh membantu anda untuk membuat pilihan yang tepat.

Setiap orang berbeza dalam memenuhi keinginan masing-masing, setiap pemilihan yang dibuat bolehlah dirujuk berdasarkan spec yang tertera pada name plate pada unit penghawa dingin tersebut.



  • Jika anda mahukan aircond yang senyap lihat pada name plate berlabel dalam unit DB, semakin kurang nilai DB maka semakin senyap sesebuah unit penghawa dingin tersebut.
  • Jika anda mahukan aircond yang cepat sejuk lihat pada name plate berlabel dalam unit BTU dan HP, semakin tinggi nilai BTU dan HP semakin cepat suhu sesuatu ruang akan sejuk. ( lihat lebih keterangan dibawah berkenaan BTU dan HP )


  • Jika anda mahukan aircond yang jimat bil elektrik sila rujuk pada label kecekapan tenaga. semakin tinggi nilai bintang semakin cekap penggunaan tenaga elektrik  
(  Peringatan !! pastikan informasi model unit penghawa sama jenis dengan yang tertera pada name plate aircond tersebut , kadang - kadang penjual TERSILAP lekat ;-)  )


  • Dan pada kebiasaannya unit penghawa dingin jenis inveter akan mencapai sehingga 5 bintang dan unit penghawa dingin jenis bukan inveter akan mencapai sehingga 3 bintang dan ke bawah.
(  INVETER dari AC-DC efisien penggunaannnya sekitar 8 jam-12 jam secara berterusan, jika penggunaan anda tidak kerap aircon berjenis BUKAN INVETER lebih jimat berbanding jenis inveter )


  • Ciri terbaharu pada aircond bukan sekadar keselesaan, ia juga boleh mempengaruhi dari segi penjimatan elektrik. 
  • Antara ciri -ciri tersebut adalah :-
MIDEA  
Ionizer yang memberi anda pengudaraan yang lebih bersih.
SHARP 
Plasma juga sama seperti di atas.
PANASONIC DELUXE 
Nanoe-G Juga sama seperti di atas cuma ada ciri tambahan yang unik antaranya adalah:- 
Econavi Kecekapan dalam keperluan BTU setiap seorang / benda yang menghasilkan haba terdapat pengesan pada unit indoor
IAutoX yang ni.. fungsinya memberi pengaliran udara sejuk yang berganda. 


  • Sebaiknya menggunakan refrigerant ( freon ) jenis R410, R32, R290 (tidak pasti masuk malaysia atau tidak, ini peraturan baharu HPMP ( Hidroklorofluorokarbon Phase-Out Management Plan )
  • Dimana antara isi kandungannya pegeluaran freon R22 dibekukan pada 2015 namun stok yang masih ada di pasaran dibenarkan untuk terus dijual.
  • Kerana sekiranya sudah kehabisan stok, anda terpaksa membeli aircond baharu kerana setiap kompressor aircond mempunyai jenis freonnya yang tersendiri, jika tersalah masuk freon aircond anda akan rosak.



Dan yang terakhir adalah bajet anda ;-)
  • Apa pun ciri - ciri aircond yang anda cari ianya bergantung dengan bajet anda sendiri ;-) 
  • Perlu diingatkan juga dimana harga aircond selalunya tidak termasuk harga pemasangan dan lain-lain barangan.
(Anda perlu nyatakan kepada tukang pemasang aircond harga termasuk barang atau tidak?
dan perlu di jelaskan juga berkenaan wiring point telah tersedia ataupun tidak ?)

  • Barang yang perlu ada untuk pemasangan aircon :-
  • 2 jenis tembaga (tekan kecil dan tekanan besar)
  • bracket outdoor (untuk memegang unit outdoor)
  • wallplug 4 biji (untuk melekatkan bracket ke dinding)
  • skrew 4 biji (untuk mengikat outdoor unit ke bracket)
  • nut 4 biji (untuk mengikat outdoor unit ke bracket)